Tuesday, January 27, 2009

Selamat Menyertai Program Inkubator IKML sesi Jan-Jun 2009

Peserta Terbaru Program Inkubator IKM Lumut Tahun 2009.
Selamat Datang dan Menyertai program Inkubator IKM Lumut SESI Jan-Jun 2009 kepada peserta:

Kursus SKAF:

1. Mohd Tarmizi Bin Mohd Ghazali
2. Mohd Haikal Bin Mustafa

Kursus STBK:

3. Mohd Akmal Hakim Bin Sidek
4. Ahmad Saufi b. Ahmad Nayan
5. Mohd Anuar B. Abd Razak

Mereka ini telah mengikuti:
1. Kursus Pembentukan diri dan sahsiah diri Usahawan berjaya di IKM Kuala Lumpur
pada 6hb Disember 2008
2. Kursus PUTEK anjuran BPLK-BPU Modul 1 dan 2 di Hotel Chandek Kura, Langkawi (8hb Jan hingga 15 Jan 2009)

Thursday, December 18, 2008

Program Inkubator IKM Lumut, Perak -MARA

1. PENGENALAN

Program Inkubator Teknikal IKM/MARA IKM LUMUT, Perak adalah satu program yang dianjurkan oleh MARA bagi merealisasikan impian untuk melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan orang melayu. Sebelum ini, program PUTEK ( Program Usahawan Teknikal ) ada dijalankan , akan tetapi ia lebih menekankan kepada pelatih daripada Giatmara. Oleh sebab itulah program ini diwujudkan di mana sasarannya lebih menjurus kepada pelatih-pelatih dari Institut Kemahiran Mara LUMUT, Perak (IKM).

Di bawah program Inkubator calon-calon pelatih yang dipilih adalah daripada pelatih semester akhir dari kursus-kursus yang difikirkan berpotensi untuk memulakan perniagaan seperti Kursus Kimpalan (TKF), Kursus Automotif (TKA), Kursus Tek. Ulphostry dan Hiasan Dalaman (TUHD), Kursus Tek. Baikpulih Badan Kenderaan (TBBK), Kursus Tek. Awam Bangunan (TKAB) , Kursus Kerja Paip (TKP) dan Kursus Tek. Pembuatan Perabot (TRPP).

Bagi memastikan program ini berjaya, ia banyak memerlukan sokongan daripada semua pihak iaitu pihak pengurusan bagi mendapat kemudahan dari segi projek serta kemudahan-kemudahan yang disediakan, guru-guru teknikal untuk memantau projek yang berjaya disiapkan untuk tujuan kawalan kualiti serta guru keusahawanan untuk pengurusan dan perlicinan perjalanan sesebuah perniagaan. Hanya dengan sokongan semua pihak sahaja program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

2. OBJEKTIF

Tujuan program ini ijalankan adalah untuk :

a. Memberi pendedahan kepada pelatih IKM yang berminat tentang selok belok perniagaan sebenar seperti penubuhan syarikat, pengurusan peralatan kerja, perhubungan pelanggan, pemasaran produk dan pengurusan kewangan secara lebih praktikal.

b. Sebagai sokongan dan bantuan awal untuk diberikan dalam usaha membantu mereka menjalankan perniagaan terutama dalam pembiayaan kewangan, mencari tempat perniagaan yang sesuai dan seterusnya menjalankan perniagaan mereka sendiri.

3.KAEDAH PERLAKSANAAN

Program ini dijalankan selama setahun melalui 2 fasa:-

Fasa 1 dan Fasa 2

Program Inkubator ini dijalankan selama enam (6) enam bulan dan dilaksanakan samaada didalam atau (6) enam bulan diluar IKM mengikut kesesuaian projek dan perniagaan.


Syarikat yang berjaya dilahirkan dibawah program ini ialah:

1.
Fr Furniture Enterprise
2.
Weldtech
3.Semarak Elektical & Services
4.Abk Painting Enterprise
5.
S' Haizie Paint Shop Enterprise
6.
Rjd Enterprise
7.
Acak Enterprise
8.
Ija Enterprise
9.
Malan Enterprise
10.
Daod Auto Service Enterprise
11.Desa Permai Electrical Enterprise


Followers

Peserta Inkubator- ABK painting

Peserta Inkubator- ABK painting